Saturday, December 26, 2009

Kursus Orientasi AJK dan Bakal Pemimpin BSMM SMK Serian Sesi 2009/2010




Tarikh: 14, 16 – 18 November 2009

Tempoh: 4 hari

Waktu Berkursus: 8.00 pagi – 4.30 petang

Tempat: Pejabat Bulan Sabit Merah Malaysia Cabang Serian

Anjuran: BSMM SMK Serian

Peserta & Pegawai Bertugas: 40 orang ahli dan AJK & 5 orang pegawai

Penaja Kursus (bahagian makanan & minuman): Rakan Muda

Objektif-Objektif:
1. Merancang aktiviti tahunan Persatuan dan strategi untuk mempertingkatkan prestasi Persatuan.
2. Memantapkan lagi kemahiran para AJK Persatuan dalam aspek pertologan cemas dan kawad kaki.
3. Meningkatkan semangat kerja berpasukan, persefahaman dan mempereratkan persahabatan di kalangan para peserta.
4. Menyediakan para peserta sebagai pemimpin yang berkesan dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab masing-masing.
5. Menyediakan peluang untuk semua peserta berkongsi pengalaman dan idea ke arah motivasi kendiri dan pembinaan jatidiri yang lebih sempurna dalam menjalani kehidupan seharian.

Aktiviti-Aktiviti Utama:
1. Perancangan Aktiviti Persatuan untuk bulan Disember 2009 dan tahun 2010.
2. Penilaian & penetapan semula sasaran Persatuan & Strategi Perlaksanaan.
3. Pertolongan Cemas: Praktikal & Latihan sebagai Jurulatih Muda
4. Latihan Kawad Kaki
5. Ceramah & Bengkel Motivasi Kepimpinan
6. Masalah & Menyelesaikan Masalah
7. Permainan Inisiatif
8. Sharing Session

No comments: