Friday, November 20, 2009

Anugerah Kecemerlangan Kokurikulum Peringkat Kebangsaan 2009

From Anugerah Kebangsaan

Dari kiri: Ellisha Iling, Christina Albert, Jesamine Alexander & Cik Phang Nyuk Lan


From Anugerah Kebangsaan

Majlis penganugerahan tersebut telah diadakah pad 8 November 2009, bertempat di Auditorium Darul Makmur, Kompleks Penyiaran Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan, Pahang Darul Makmur. Dalam majlis tersebut, Bulan Sabit Merah Malaysia SMK Serian telah diisytiharkan sebagai pemenang Tempat Ketiga Badan Beruniform Yang Paling Cemerlang di Malaysia bagi Kategori Sekolah Menengah bagi tahun 2009. Kejayaan ini merupakan kejayaan yang terbesar bagi pihak BSNMM SMK Serian yang sudah berusia 31 tahun sejak penubuhannya pada tahun 1978. Pihak BSMM SMK Serian ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada pihak sekolah, para guru penasihat, barisan AJK dan ahli, para ibu bapa kepada ahli dan semua pihak yang telah memberi sokongan berterusan kepada BSMM SMK Serian sama ada secara langsung atau tidak langsung selama ini. Tanpa sokongan anda semua tidak mungkin kejayaan tersebut dapat dikecapi. Terima kasih.

Majlis Graduasi dan Penyampaian Hadiah SMK Serian 2009

From Majlis Graduasi & Penyampaian Hadiah SMK Serian 2009


From Majlis Graduasi & Penyampaian Hadiah SMK Serian 2009


From Majlis Graduasi & Penyampaian Hadiah SMK Serian 2009


From Majlis Graduasi & Penyampaian Hadiah SMK Serian 2009


Anugerah-anugerah yang dimenangi oleh BSMM SMK Serian di peringkat sekolah ialah:

  1. 76 orang ahli memenangi Anugerah Pencapaian Cemerlang Kokurikulum. Mereka terdiri daripada para ahli yang telah memenangi tempat Johan dalam Pertandingan Kawad kaki Antara Badan-badan Beruniform (NGO) Peringkat Bahagian Samarahan 2009 anjuran pihak PPG Samarahan, ahli-ahli yang memenangi Naib Johan dalam Pertandingan Pertolongan Cemas Peringkat Negeri 2009 anjuran BSMM Cawangan Sarawak dan ahli-ahli yang memenangi Anugerah Sijil Kepujian BSMM Peringkat Kebangsaan 2009.
  2. Kedua-dua pemenang kategori perempuan dan lelaki bagi Anugerah Pelajar Cemerlang dalam Unit Beruniform SMK Serian 2009 adalah terdiri daripada ahli-ahli BSMM SMK Serian iaitu Christina Anak Albert (5S4) dan Robinson Anak Damian (4S4).
  3. Kedua-dua pemenang kategori guru perempuan dan lelaki bagi Anugerah Kepimpinan Cemerlang dalam Unit Beruniform SMK Serian 2009 ialah Cik Phang Nyuk Lan dan En. Alexander Mandi.
  4. Anugerah PIBG SMK Serian 2009 bagi kategori perempuan dimenangi oleh Christina Anak Albert (5S4) manakala Anugerah ESSSA 2009 bagi kategori lelaki dimenangi oleh Nazriq Hanafi Bin Matali (6AK2).
  5. Keseleruhannya BSMM SMK Serian diisytiharkan sebagai Pasukan Terbaik dalam Bidang Kokurikulum SMK Serian 2009.

Volunteers' Recognition Night 2009

From VRN 2009

Tarikh: 18 November 2009.

Tempat: Kem Pueh, Samatan.

Pencapaian:

  1. En. Alexander Mandi dan En. George Narui Lujek memenangi Anugerah Pingat Jasa Terpuji (Meritorius Service Medal) BSMM Peringkat Kebangsaan.
  2. Cik Phang Nyuk Lan memenangi Anugerah Best Youth Officer (Kategori B) peringkat Cawangan Sarawak. Ini merupakan tahun ketujuh beliau memenangi anugerah tersebut.
  3. Emily Anak Christopher dan Randy Ak. Biyan memenangi Sarawak Branch Bronze Award.
  4. Selain itu, seramai 12 ahli yang lain memenangi Sijil Kepujian BSMM Peringkat Kebangsaan.