Thursday, May 21, 2009

Kursus Intensif Pertolongan Cemas Unit-Unit Belia BSMM Cabang Serian 2009




Tarikh: 14 – 16 Mac 2009 (Sabtu hingga Isnin)

Tempoh: 3 hari 2 malam

Tempat: Pejabat BSMM Cabang Serian

Waktu: 8.00 pagi hingga 9.30 malam

Anjuran: BSMM Cabang Serian & BSMM Unit SMK Serian

Objektif:
1. Untuk meningkatkan kemahiran para peserta dalam aspek pertolongan cemas.
2. Memberi peluang kepada para peserta untuk berkongsi pengalaman dan pengetahuan dalam BSMM.
3. Mempereratkan persahabatan di kalangan peserta dari unit-unit yang berlainan.
4. Sebagai salah satu syarat yang melayakkan para peserta untuk menduduki Ujian Pertolongan Cemas Asas dan CPR.

Penyertaan: 51 orang ahli Belia dari 9 buah Unit Belia PBSMM Cabang Serian (SMK Serian, SMK Tarat, SMK Tebakang, SMK Balai Ringin, SMK Taee, SMK Gedong, SMK Simunjan No.1, SMK Sri Sadong & SMK Sebuyau)

Perasmian: Upacara Penutupan dirasmikan oleh Setiausaha Kehormat BSMM Cabang Serian, En. Junerason Anyew.

Aktiviti Utama:
1. Ceramah & latihan praktikal tentang aspek pertolongan cemas.
2. Ujian Teori (setaraf peringkat kebangsaan)
3. Ujian Praktikal & Lisan (setaraf peringkat kebangsaan

Pada penghujung kursus, para peserta menduduki Peperiksaan BSMM setaraf peringkat kebangsaan tentang aspek Pertolongan Cemas Asas dan CPR. Sijil penyertaan juga diberi kepada setiap peserta dan sijil penghargaan kepada semua Pegawai dan Pembantu Pegawai Pengelola.