Friday, March 26, 2010

Kursus Intensif Pertolongan Cemas Unit-Unit Belia BSMM Cabang Serian 2010



Tarikh: 13 – 16 Mac 2009 (Sabtu hingga Isnin)

Tempoh: 4 hari

Tempat: Pejabat BSMM Cabang Serian

Waktu: 8.00 pagi hingga 4.30 petang

Anjuran: BSMM Cabang Serian & BSMM Unit SMK Serian

Peringkat: Bahagian Samarahan

Objektif:

1. Untuk meningkatkan kemahiran para peserta dalam aspek pertolongan cemas.

2. Memberi peluang kepada para peserta untuk berkongsi pengalaman dan pengetahuan dalam BSMM.

3. Mempereratkan persahabatan di kalangan peserta dari unit-unit yang berlainan.

4. Sebagai salah satu syarat yang melayakkan para peserta untuk menduduki Ujian Pertolongan Cemas Asas dan CPR.


Penyertaan: 33 orang ahli Belia dari 6 buah Unit Belia PBSMM Cabang Serian (SMK Serian, SMK Tarat, SMK Tebakang, SMK Balai Ringin, SMK Taee & SMK Gedong)


Jumlah Ahli dari SMK Serian: 23 orang ahli BSMM (6 orang peserta dan 17 orang Pembantu AJK Pengelola)


Upacara Penutupan: Dirasmikan oleh Pengerusi BSMM Cabang Serian, Dr. Kiu Chiong Chin.


Syarat-syarat Penyertaan:

1. Ahli yang belum lulus kedua-dua Ujian Pertolongan Cemas Kemasyarakatan

2. Ahli aktif dari Tingkatan 2 – 5.

3. Sihat tubuh badan dan tiada masalah pemakanan.


Makanan: Disediakan oleh pihak BSMM Cabang Serian


Penginapan: Hanya peserta dari SMK Balai Ringin dan SMK Tebakang yang menginap di Pejabat BSMM Cabang Serian. Uni-unit Belia yang lain terdiri daripada peserta harian.


Bayaran: RM10.00 setiap orang peserta (untuk makanan, kertas ujian, file dan keperluan lain)


Aktiviti Utama:

1. Ceramah & latihan praktikal tentang aspek pertolongan cemas.

2. Ujian Teori (Setaraf peringkat kebangsaan)

3. Ujian Praktikal & Lisan (setaraf peringkat kebangsaan)


Pada penghujung kursus, para peserta menduduki Peperiksaan BSMM setaraf peringkat kebangsaan tentang

aspek Pertolongan Cemas Asas dan CPR. Sijil penyertaan juga diberi kepada setiap peserta dan sijil

penghargaan kepada semua Pegawai dan Pembantu Pegawai Pengelola.