Wednesday, May 05, 2010

Serian Youth Jungle Camp 2010 At Kpg. Bunan Gega (30 Apr - 2 May 2010)




Tarikh: 30 April – 2 Mei 2010

Tempoh: 3 hari 2 malam

Tempat: Kampung Bunan Gega, Serian

Anjuran: BSMM Cabang Serian

Peringkat: Bahagian Samarahan

Objektif:
1. Meningkatkan kemahiran para peserta dalam bidang pertolongan cemas, gadget / kem kraf dan masakan ala rimba.
2. Meningkatkan semangat kerja berpasukan, kepimpinan dan saling hormat-menghormati di kalangan peserta.
3. Memberi peluang kepada para peserta untuk berkongsi pengalaman dan mempereratkan persahabatan di kalangan peserta dari unit-unit yang berlainan.
4. Sebagai saluran untuk melatih dan memilih para peserta dan pembantu Perkhemahan Hutan Peringkat Negeri Sarawak (Bunan Gega Youth Jungle Camp 2010)yang bakal diadakan pada bulan Jun 2010.
5. Sebagai salah satu syarat yang melayakkan para peserta menerima anugerah lencana kecekapan “Kem Kraf”.
Penyertaan: Ahli-ahli Belia dari 8 buah Unit Belia BSMM Cabang Serian (SMK Serian, SMK Tarat, SMK Tebakang, SMK Taee, SMK Gedong, SMK Sebuyau, SMK Simunjan No. 1 & SMK Sri Sadong).

Jumlah Ahli dari SMK Serian: 28 orang ahli BSMM (11 orang peserta dan 17 orang Pembantu AJK Pengelola)

Pegawai Pengiring / Guru Penasihat: En. Alexander Mandi, Cik Phang Nyuk Lan, En. George Narui ak. Lujek dan Cik Debra Anne Albert

Aktiviti-aktiviti Utama:
1. Malam Suai Kenal
2. Masakan Ala Rimba
3. Gadget & Kem Kraf
4. Jungle Trekking & Jungle Rescue
5. Malam Kebudayaan