Tuesday, July 27, 2010

Bunan Gega 6th State Level Youth Jungle Camp 2010 (9 - 12 Jun 2010)




Tarikh:
9 – 13 Jun 2010

Tempoh: 5 hari 4 malam

Tempat: Kampung Bunan Gega, Serian

Anjuran: BSMM Cabang Serian

Peringkat: Negeri Sarawak

Objektif:
1. Menyediakan peluang kepada para ahli Belia BSMM dari pelbagai Cabang di seluruh Negeri Sarawak untuk bertemu dan bertukar-tukar fikiran.
2. Menyediakan peluang kepada para peserta kem untuk mengalami dan menyelami kehidupan di hutan dan kehidupan penduduk kampung setempat yang serba sederhana.
3. Meningkatkan kesedaran terhadap alam sekitar di kalangan para peserta agar mereka dapat menjalani kehidupan yang mesra alam.

Penyertaan: Ahli-ahli Belia dari Cabang Serian, Cabang Lundu, Cabang Kuching, Cabang Sri Aman, Cabang Sibu dan Cabang Miri. Jumlah Ahli dari SMK Serian: 25 orang ahli BSMM (8 orang peserta dan 17 orang Pembantu AJK Pengelola)

Pegawai Pengiring / Guru Penasihat: En. Alexander Mandi, Cik Phang Nyuk Lan dan En.George Narui ak. Lujek

Aktiviti-aktiviti Utama:
1. Malam Suai Kenal
2. Pertandingan Gadget & Kem Kraf
3. Simulasi Kes Kecemasan & Pertandingan Membuat Usungan Gantian
4. Pertandingan Masakan Ala Rimba
5. Pertandingan Jungle Trekking & Jungle Rescue
6. Pertandingan Malam Kebudayaan
7. Malam Unggun Api
8. Pertandingan Kim’s Games
9. Aktiviti Sukaneka
10. Aktiviti Homestay dengan penduduk kampung

Upacara Pembukaan : Dirasmikan oleh Pengerusi BSMM Cabang Serian, Dr. Kiu Chiong Chin.

Upacara Penutupan
: Dirasmikan oleh Timbalan Menteri Luar Malaysia, YB Datuk Richard Riot ak. Jaem, yang juga merupakan Ahli Parlimen Malaysia P. 199, Serian.

Monday, July 26, 2010

Volunteers Recognition Night 2010 cum State Level Dance Competition 2010




Tarikh:
19 Jun 2010

Tempat: Dewan Suara, Sarikei

Anjuran: BSMM Cawangan Sarawak & BSMM Cabang Sarikei

Peringkat: Negeri Sarawak

Pengangkutan: Koster SMK Serian (ditanggung oleh pihak SMK Serian)

Penaja Penginapan dan Makanan: Pengerusi BSMM Cabang Serian iaitu Dr. Kiu Chiong Chin

Tema Persembahan: Tarian Kebudayaan Negeri Sarawak

Tajuk Persembahan: Tarian Rampaian Sarawak

Anugerah Yang Diterima:
1. BSMM SMK Serian memenangi Anugerah Unit Belia Terbaik (Kategori B) BSMM Peringkat Negeri Sarawak 2010. Anugerah disampaikan oleh pihak BSMM Cawangan Sarawak.

2. Anugerah Pemimpin Belia Terbaik (Kategori B) BSMM 2010 Peringkat Negeri Sarawak dimenangi Christina Anak Albert (6RK2) dari SMK Serian.

3. Anugerah Pegawai Belia Terbaik (Kategori B) BSMM 2010 Peringkat Negeri Sarawak dimenangi oleh Cik Phang Nyuk Lan dari SMK Serian. Belia juga dinugerahkan Pingat jasa Terpuji (Meritorius Service Medal) dan Pingat Perkhidmatan Lama Peringkat Kebangsaan 2010.

4. Christina Anak Albert (6RK2) & Alban Anak Damian (6AK1) memenangi Anugerah Bronze Award Cawangan Sarawak 2010 (Peringkat Negeri Sarawak).

Keputusan Pertandingan Tarian: Pasukan BSMM SMK Serian memenangi Tempat Ketiga dalam Pertandingan Tarian Peringkat Negeri 2010.

Wednesday, May 05, 2010

Serian Youth Jungle Camp 2010 At Kpg. Bunan Gega (30 Apr - 2 May 2010)




Tarikh: 30 April – 2 Mei 2010

Tempoh: 3 hari 2 malam

Tempat: Kampung Bunan Gega, Serian

Anjuran: BSMM Cabang Serian

Peringkat: Bahagian Samarahan

Objektif:
1. Meningkatkan kemahiran para peserta dalam bidang pertolongan cemas, gadget / kem kraf dan masakan ala rimba.
2. Meningkatkan semangat kerja berpasukan, kepimpinan dan saling hormat-menghormati di kalangan peserta.
3. Memberi peluang kepada para peserta untuk berkongsi pengalaman dan mempereratkan persahabatan di kalangan peserta dari unit-unit yang berlainan.
4. Sebagai saluran untuk melatih dan memilih para peserta dan pembantu Perkhemahan Hutan Peringkat Negeri Sarawak (Bunan Gega Youth Jungle Camp 2010)yang bakal diadakan pada bulan Jun 2010.
5. Sebagai salah satu syarat yang melayakkan para peserta menerima anugerah lencana kecekapan “Kem Kraf”.
Penyertaan: Ahli-ahli Belia dari 8 buah Unit Belia BSMM Cabang Serian (SMK Serian, SMK Tarat, SMK Tebakang, SMK Taee, SMK Gedong, SMK Sebuyau, SMK Simunjan No. 1 & SMK Sri Sadong).

Jumlah Ahli dari SMK Serian: 28 orang ahli BSMM (11 orang peserta dan 17 orang Pembantu AJK Pengelola)

Pegawai Pengiring / Guru Penasihat: En. Alexander Mandi, Cik Phang Nyuk Lan, En. George Narui ak. Lujek dan Cik Debra Anne Albert

Aktiviti-aktiviti Utama:
1. Malam Suai Kenal
2. Masakan Ala Rimba
3. Gadget & Kem Kraf
4. Jungle Trekking & Jungle Rescue
5. Malam Kebudayaan

Monday, April 26, 2010

Pertandingan Kawad Kaki Antara Badan Beruniform KRS dan NGO Peringkat Bahagian Samarahan, 2010



Tarikh: 24 April 2010 (Sabtu)

Tempat: SMK Wira Penrisen

Anjuran: PPG Samarahan

Pengelola: SMK Wira Penrisen

Peringkat: Bahagian Samarahan

Pegawai Pengiring / Guru Penasihat: Cik Phang Nyuk Lan, En. Farid Abd. Rahim, Cik Debra Anne Albert, En. George Narui Lujek, Cik Lee Siew Choo

Jumlah Ahli dari SMK Serian: 73 orang ahli BSMM (36 orang peserta pasukan lelaki dan 37 orang peserta pasukan perempuan)

Pencapaian:

Pasukan Perempuan BSMM SMK Serian memenangi Johan bagi Kategori Perempuan NGO manakala Pasukan Lelaki BSMM SMK Serian memenangi Naib Johan bagi Kategori Lelaki NGO. Ketua Platun bagi Pasukan Perempuan BSMM SMK Serian, Sdri. Ellisha Anak Iling dipilih sebagai Ketua Platun Perempuan Terbaik bagi Kategori Perempuan NGO. Jika ditelitikan keputusan keseluruhan pertandingan, Pasukan Perempuan BSMM SMK Serian juga merupakan Pasukan Terbaik Keseluruhan bagi Pertandingan Kawad Kaki Antara Badan-Badan Beruniform KRS dan Ngo Peringkat Bahagian Samarahan 2010 dan Sdri. Ellisha Anak Iling merupakan Ketua Platun Keseluruhan Terbaik bagi Kategori Perempuan KRS dan NGO. Tahniah dan syabas diucapkan kepada kedua-dua Pasukan BSMM tersebut.

Friday, March 26, 2010

Kursus Intensif Pertolongan Cemas Unit-Unit Belia BSMM Cabang Serian 2010



Tarikh: 13 – 16 Mac 2009 (Sabtu hingga Isnin)

Tempoh: 4 hari

Tempat: Pejabat BSMM Cabang Serian

Waktu: 8.00 pagi hingga 4.30 petang

Anjuran: BSMM Cabang Serian & BSMM Unit SMK Serian

Peringkat: Bahagian Samarahan

Objektif:

1. Untuk meningkatkan kemahiran para peserta dalam aspek pertolongan cemas.

2. Memberi peluang kepada para peserta untuk berkongsi pengalaman dan pengetahuan dalam BSMM.

3. Mempereratkan persahabatan di kalangan peserta dari unit-unit yang berlainan.

4. Sebagai salah satu syarat yang melayakkan para peserta untuk menduduki Ujian Pertolongan Cemas Asas dan CPR.


Penyertaan: 33 orang ahli Belia dari 6 buah Unit Belia PBSMM Cabang Serian (SMK Serian, SMK Tarat, SMK Tebakang, SMK Balai Ringin, SMK Taee & SMK Gedong)


Jumlah Ahli dari SMK Serian: 23 orang ahli BSMM (6 orang peserta dan 17 orang Pembantu AJK Pengelola)


Upacara Penutupan: Dirasmikan oleh Pengerusi BSMM Cabang Serian, Dr. Kiu Chiong Chin.


Syarat-syarat Penyertaan:

1. Ahli yang belum lulus kedua-dua Ujian Pertolongan Cemas Kemasyarakatan

2. Ahli aktif dari Tingkatan 2 – 5.

3. Sihat tubuh badan dan tiada masalah pemakanan.


Makanan: Disediakan oleh pihak BSMM Cabang Serian


Penginapan: Hanya peserta dari SMK Balai Ringin dan SMK Tebakang yang menginap di Pejabat BSMM Cabang Serian. Uni-unit Belia yang lain terdiri daripada peserta harian.


Bayaran: RM10.00 setiap orang peserta (untuk makanan, kertas ujian, file dan keperluan lain)


Aktiviti Utama:

1. Ceramah & latihan praktikal tentang aspek pertolongan cemas.

2. Ujian Teori (Setaraf peringkat kebangsaan)

3. Ujian Praktikal & Lisan (setaraf peringkat kebangsaan)


Pada penghujung kursus, para peserta menduduki Peperiksaan BSMM setaraf peringkat kebangsaan tentang

aspek Pertolongan Cemas Asas dan CPR. Sijil penyertaan juga diberi kepada setiap peserta dan sijil

penghargaan kepada semua Pegawai dan Pembantu Pegawai Pengelola.