Wednesday, November 26, 2008

Kursus Orientasi AJK Dan Bakal Pemimpin BSMM SMK Serian Sesi 2008/2009



Tarikh : 8, 10 – 13 November 2008
Tempoh : 5 hari 4 malam
Tempat : Pejabat Bulan Sabit Merah Malaysia Cabang Serian
Anjuran : BSMM SMK Serian
Peserta : 37 orang ahli
Pegawai : Cik Phang Nyuk Lan, En. George Narui ak. Lujek, Pn. Lau Ben Leong

OBJEKTIF-OBJEKTIF:1. Merancang aktiviti tahunan Persatuan dan strategi untuk mempertingkatkan prestasi Persatuan.
2. Memantapkan lagi kemahiran para AJK Persatuan dalam aspek pertologan cemas dan kawad kaki.
3. Meningkatkan semangat kerja berpasukan, persefahaman dan mempereratkan persahabatan di kalangan para peserta.
4. Menyediakan para peserta sebagai pemimpin yang berkesan dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab masing-masing.
5. Menyediakan peluang untuk semua peserta berkongsi pengalaman dan idea ke arah motivasi kendiri dan pembinaan kendiri yang lebih sempurna dalam menjalani kehidupan seharian.

AKTIVITI-AKTIVITI UTAMA:
1. Perancangan Aktiviti Persatuan untuk bulan Disember 2008 dan tahun 2009.
2. Penilaian semula & penetapan Objektif / Sasaran, Peraturan Persatuan & Strategi Perlaksanaan.
3. Pertolongan Cemas: Praktikal & Latihan sebagai Jurulatih Muda
4. Latihan Kawad Kaki
5. ERC & IHL
6. Motivasi Kepimpinan
7. Pengurusan Tekanan dan Masa
8. Masalah & Menyelesaikan Masalah
9. Ice/Breaking & Permainan Inisiatif
10. Sharing Session

Kem Bersepadu Unit-Unit Beruniform SMK Serian 2008



Tarikh: 18 & 19 Oktober 2008

Tempat: SMK Serian

Pengelola: BSMM SMK Serian

Penyertaan: Para ahli dari 10 unit beruniform (BSMM, PKBM, KRS, PPIM, Kadet Polis, Kadet Bomba & Menyelamat, Pengakap, Pandu Puteri, Seni Silat & Soo Bahk Do) SMK Serian.

Objektif:
1. Memupuk semangat kerja berpasukan, kepimpinan dan saling hormat-menghormati di kalangan peserta dari pelbagai unit beruniform.
2. Memberi peluang kepada para peserta untuk berkongsi pengalaman dan mempereratkan persahabatan di kalangan peserta dari pelbagai unit beruniform.
3. Meningkatkan tahap penglibatan pelajar sebagai peserta dan AJK Pengelola dalam kegiatan kokurikulum.

Aktiviti Kem:
1. Malam Mesra
2. Latihan asas gadget
3. Latihan pertolongan cemas
4. Aktiviti berhalangan / Explorace
5. Gotong royong