Sunday, June 29, 2008

Projek Khidmat Masyarakat di Hospital Serian (Christmas Caroling 2007)



Tarikh: 17 Disember 2007

Tempat: Hospital Daerah Serian

Penganjur: BSMM Cabang Serian & Unit SMK Serian

Pengawai Pengelola: Cik Phang Nyuk Lan & En. Dominic Nyungko

Hadiah ditaja oleh: BSMM Cabang Serian, Dr. Kiu Chiong Chin & En. Lai Chau Leong

Kumpulan Sasaran:
Para pesakit di Wad Fisioterapi, Wad Lelaki, Wad Perempuan, Wad Bersalin, Wad Kanak-kanak dan Pusat Haemodialisis.

Peserta: 39 orang ahli BSMM dari Unit SMK Serian

Objektif:
1. Mendedahkan para ahli dengan lebih banyak aktiviti khidmat masyarakat.
2. Meningkatkan kesedaran para ahli tentang kepentingan berkhidma sebagai
sukarelawan.
3. Memberikan sokongan moral kepada para pesakit.

Aktiviti Utama:
1. Sebanyak 80 hadiah telah diberi kepada para pesakit di wad-wad tersebut. Pihak BSMM Cabang Serian juga menyampaikan hadiah-hadiah kecil kepada seramai 140 orang pesakit luar.

2. Caroling di semua wad dan tempat menunggu bagi pesakit luar..

Ulasan tentang aktiviti tersebut:
Projek khidmat masyarakat seumpama ini merupakan aktiviti tahunan yang diadakan khas untuk ahli-ahli Belia dan sukarelawan PBSMM Cabang Serian. Aktiviti seumpama ini juga mengingatkan para ahli tentang cogan kata PBSMM iaitu “BERKHIDMAT” dan perihal pentingnya untuk membantu mereka yang memerlukan. Ribuan terima kasih diucapkan kepada ahli BSMM atas kesungguhan mereka untuk menjayakan projek khidmat masyarakat tersebut dan kepada para ibu bapa ahli yang telah memberi sokongan moral kepada pihak BSMM sepanjang pelaksanaan aktiviti tersebut. Aktiviti seperti ini memang berfaedah kepada para ahli yang rata-ratanya terdiri daripada para pelajar sekolah menangah. Namun, bukannya mudah untuk mengadakannya pada musim cuti panjang persekolahan. Ini adalah disebabkan oleh ramai di antara mereka akan memanfaatkan musim cuti ini untuk bekerja demi mencari wang untuk menampung perbelanjaan persekolahan masing-masing apabila musim persekolahan yang baru bermula kelak. Kumpulan koir dari Unit SMK Serian telah mengambil masa selama seminggu untuk menjalani latihan intensif dan membuat segala persiapan yang diperlukan untuk projek tersebut.

Saturday, June 28, 2008

Projek Khidmat Masyarakat di Hospital Sentosa, Batu 7, Kuching.



Tarikh: 18 Ogos 2007 (hari Sabtu)

Tempoh: 7.00 pagi – 2.30 petang

Tempat: Hospital Sentosa, Batu 7

Anjuran: BSMM SMK Serian

Pengangkutan: Sebuah bas sekolah – sewa bas dibiayai oleh pihak Kokurikulum SMK Serian

Penyertaan: 40 orang ahli BSMM yang terdiri daripada para pelajar Tingkatan 1 – 6 Atas

Guru Penasihat yang terlibat:
1. Pn. Pauline Umi Anak Edward Sumbang
2. Cik Phang Nyuk Lan
3. En. Alexander Mandi
4. Pn. Lau Ben Leong
5. Pn. Dora Jau
6. En. George Narui

Objektif Aktiviti:
1. Meningkatkan pemahaman ahli tentang kehidupan para penghuni di Hospital Sentosa.

2. Meningkatkan semangat kesukarelawanan, keperihatinan dan rasa simpati di kalangan ahli terhadap mereka yang kurang bernasib baik.

3. Meningkatkan persefahaman dan mempereratkan hubungan silaturahim di kalangan ahli dan guru penasihat.

Aktiviti:
1. Senamrobik
2. Sukaneka
3. Sesi temubual dengan para pesakit
4. Memberi hadiah (buah tangan) kepada para pesakit
5. Lawatan dari wad ke wad dan taklimat oleh pegawai yang bertugas

Bentuk sumbangan yang diberi kepada pihak hospital:
Pakaian terpakai hasil sumbangan daripada para guru dan pelajar SMK Serian serta orang ramai.

Tugasan ahli selepas projek:
Para ahli dikehendaki membuat catatan tentang hasil temubual mereka dengan pesakit dan menulis sebuah esei pendek tentang perasaan mereka selepas aktiviti lawatan tersebut.

Ulasan keseluruhan:
Seramai 40 orang ahli pesakit telah dipilih oleh pihak hospital untuk mengikuti aktiviti senamrobik, sukaneka dan temubual. Mereka terdiri daripada pesakit yang kurang kronik. Menurut pihak Hospital Sentosa, kumpulan kami merupakan kumpulan perintis dari kalangan pelajar yang mengadakan aktiviti berinteraksi tersebut dengan para pesakit. Kebiasaannya, para pelawat hanya datang untuk melawat dari wad ke wad dan kurang berinteraksi dengan pihak pesakit. Pihak hospital amat mengalu-alukan kehadiran ahli BSMM dan berharap projek ini akan diteruskan pada masa datang.

Thursday, June 26, 2008

MRC SMK Serian Activities

Jawatankuasa Sesi 2007/2008

Penaung : Hj. Rambli Zainudin
Pen. Kanan Kokurikulum : En. James Tang
Pegawai Belia : Cik Phang Nyuk Lan
Guru Penasihat Sesi Pagi :
* Cik Phang Nyuk Lan
* En. Alexander Mandi
* En. Goh Yiaw Boong
* Cik Chong Lee Khim
Guru Penasihat Sesi Petang :
* Pn. Dora Jau
* Pn. Lau Ben Leong
* En. George Narui Ak. Lujek
Ketua Utama Seksyen : Patricia Anak Albert
Pen. Ketua Utama Seksyen : Randy Anak Biyan
Setiausaha I : Emma Anak Laurence
Setiausaha II : Emily Anak Christopher
Setiausaha III : Christina Anak Albert
Bendahari : Agnesia Anak Henry
Kuartermaster I : Shalia Binti Mustafa
Kuartermaster II : Samson Anak Clement Thomas
Ketua Seksyen 1 : Sebastian Janang Anak Bangga
Ketua Seksyen 2 : Ajan Anak Miyu
Ketua Seksyen 3 : Alban Anak Damian (Komander)
Ketua Seksyen 4 : Siba Anak Bau
Ketua Seksyen 5 : Nashrin A/P Elen Joseph
Ketua Seksyen 6 : Patrisia Anak Henry
Ketua Seksyen 7 : Cleopetra Nina Anak Miyu
Ketua Seksyen 8 : Limin Anak Eddie
Pen. Ketua Seksyen 1 :
* Jesamine Anak Alexander
(Bendahari Sesi Petang)
* Girley Anak Luneh
(AJK Unit Keceriaan & Keraian)
Pen. Ketua Seksyen 2 :
* Robinson Anak Damian
(AJK Projek Kem Tahunan)
* Mohd. Adib b. Yahya
(AJK Unit Kemesraan & Kebajikan)
Pen. Ketua Seksyen 3 :
* Ellisha Anak Iling
(Ketua AJK Sesi Petang)
Pen. Ketua Seksyen 4 :
* Anastasia Anak Uja
(Pen. Ketua Projek Sukaneka / Rekreasi)
* Charles Calvin Anak Chin Ku
(AJK Unit Peralatan)
Pen. Ketua Seksyen 5 :
* Harry Anak Christopher
(Setiausaha Sesi Petang, Pen. Ketua Unit Publisiti, AJK Unit Urusetia)
* Bambang Irawan b. Suseno
(AJK Unit Peralatan)
Pen. Ketua Seksyen 6 :
* Mike Maresh Anak Bujang
(AJK Unit Kemesraan & Kebajikan)
* Stella Anak Draman
(AJK Unit Keceriaan & Keraian)
Pen. Ketua Seksyen 7 :
* Hillary Anak Henry
(QM Sesi Petang, AJK Unit Peralatan)
* Heng Ka Hui
(AJK Projek Sukaneka / Rekreasi)
Pen. Ketua Seksyen 8 :
* Mary Marcellina Anak Jina
(Pen. Ketua Unit Keceriaan & Keraian)
* Jesse Ephraim Ramli
(AJK Unit Peralatan)

OBJEKTIF

1. Berpegang teguh kepada 7 prinsip Palang Merah dan Bulan Sabit Merah :-

* Kemanusiaan
* Kesaksamaan
* Berkecuali
* Kebebasan
* Khidmat Sukarela
* Bersatu
* Kesejagatan

2. Membentuk para ahli yang berpotensi untuk memimpin, bekerjasama dan berketrampilan sebagai belia harapan negara yang cergas, proaktif, kreatif, inovatif dan bertanggungjawab serta berdisiplin tinggi.

3. Mempertingkatkan ilmu pengetahuan para ahli dalam Palang Merah / Bulan Sabit Merah dan kemahiran dalam bidang Pertolongan Cemas, Kawat Kaki, Gadjet serta mempergiatkan aktiviti khidmat masyarakat.

4. Mempertingkatkan daya minat dan keahlian yang berterusan dalam BSMM.

5. Melahirkan sebuah organisasi yang kukuh, bersefahaman dan bersatu padu dalam segala aspek, seterusnya menjadikan BSMM disegani dan dihormati oleh masyarakat umum.

6. Sebagai saluran untuk memantapkan wadah perkembangan emosi, rohani, intelek dan jasmani para ahli bagi menyahut cabaran dan tuntutan dalam falsafah pendidikan negara.

Wednesday, June 25, 2008

Misi

Meningkatkan tahap penglibatan dan pencapaian ahli-ahli berpandukan Rancangan Pembangunan BSMM SMK Serian 2006-2010.

Visi

Menjadi salah sebuah Unit Belia Terbaik di Negeri Sarawak pada tahun 2010.