Saturday, June 28, 2008

Projek Khidmat Masyarakat di Hospital Sentosa, Batu 7, Kuching.



Tarikh: 18 Ogos 2007 (hari Sabtu)

Tempoh: 7.00 pagi – 2.30 petang

Tempat: Hospital Sentosa, Batu 7

Anjuran: BSMM SMK Serian

Pengangkutan: Sebuah bas sekolah – sewa bas dibiayai oleh pihak Kokurikulum SMK Serian

Penyertaan: 40 orang ahli BSMM yang terdiri daripada para pelajar Tingkatan 1 – 6 Atas

Guru Penasihat yang terlibat:
1. Pn. Pauline Umi Anak Edward Sumbang
2. Cik Phang Nyuk Lan
3. En. Alexander Mandi
4. Pn. Lau Ben Leong
5. Pn. Dora Jau
6. En. George Narui

Objektif Aktiviti:
1. Meningkatkan pemahaman ahli tentang kehidupan para penghuni di Hospital Sentosa.

2. Meningkatkan semangat kesukarelawanan, keperihatinan dan rasa simpati di kalangan ahli terhadap mereka yang kurang bernasib baik.

3. Meningkatkan persefahaman dan mempereratkan hubungan silaturahim di kalangan ahli dan guru penasihat.

Aktiviti:
1. Senamrobik
2. Sukaneka
3. Sesi temubual dengan para pesakit
4. Memberi hadiah (buah tangan) kepada para pesakit
5. Lawatan dari wad ke wad dan taklimat oleh pegawai yang bertugas

Bentuk sumbangan yang diberi kepada pihak hospital:
Pakaian terpakai hasil sumbangan daripada para guru dan pelajar SMK Serian serta orang ramai.

Tugasan ahli selepas projek:
Para ahli dikehendaki membuat catatan tentang hasil temubual mereka dengan pesakit dan menulis sebuah esei pendek tentang perasaan mereka selepas aktiviti lawatan tersebut.

Ulasan keseluruhan:
Seramai 40 orang ahli pesakit telah dipilih oleh pihak hospital untuk mengikuti aktiviti senamrobik, sukaneka dan temubual. Mereka terdiri daripada pesakit yang kurang kronik. Menurut pihak Hospital Sentosa, kumpulan kami merupakan kumpulan perintis dari kalangan pelajar yang mengadakan aktiviti berinteraksi tersebut dengan para pesakit. Kebiasaannya, para pelawat hanya datang untuk melawat dari wad ke wad dan kurang berinteraksi dengan pihak pesakit. Pihak hospital amat mengalu-alukan kehadiran ahli BSMM dan berharap projek ini akan diteruskan pada masa datang.

No comments: