Sunday, June 29, 2008
Projek Khidmat Masyarakat di Hospital Serian (Christmas Caroling 2007)
Tarikh: 17 Disember 2007
Tempat: Hospital Daerah Serian
Penganjur: BSMM Cabang Serian & Unit SMK Serian
Pengawai Pengelola: Cik Phang Nyuk Lan & En. Dominic Nyungko
Hadiah ditaja oleh: BSMM Cabang Serian, Dr. Kiu Chiong Chin & En. Lai Chau Leong
Kumpulan Sasaran:
Para pesakit di Wad Fisioterapi, Wad Lelaki, Wad Perempuan, Wad Bersalin, Wad Kanak-kanak dan Pusat Haemodialisis.
Peserta: 39 orang ahli BSMM dari Unit SMK Serian
Objektif:
1. Mendedahkan para ahli dengan lebih banyak aktiviti khidmat masyarakat.
2. Meningkatkan kesedaran para ahli tentang kepentingan berkhidma sebagai
sukarelawan.
3. Memberikan sokongan moral kepada para pesakit.
Aktiviti Utama:
1. Sebanyak 80 hadiah telah diberi kepada para pesakit di wad-wad tersebut. Pihak BSMM Cabang Serian juga menyampaikan hadiah-hadiah kecil kepada seramai 140 orang pesakit luar.
2. Caroling di semua wad dan tempat menunggu bagi pesakit luar..
Ulasan tentang aktiviti tersebut:
Projek khidmat masyarakat seumpama ini merupakan aktiviti tahunan yang diadakan khas untuk ahli-ahli Belia dan sukarelawan PBSMM Cabang Serian. Aktiviti seumpama ini juga mengingatkan para ahli tentang cogan kata PBSMM iaitu “BERKHIDMAT” dan perihal pentingnya untuk membantu mereka yang memerlukan. Ribuan terima kasih diucapkan kepada ahli BSMM atas kesungguhan mereka untuk menjayakan projek khidmat masyarakat tersebut dan kepada para ibu bapa ahli yang telah memberi sokongan moral kepada pihak BSMM sepanjang pelaksanaan aktiviti tersebut. Aktiviti seperti ini memang berfaedah kepada para ahli yang rata-ratanya terdiri daripada para pelajar sekolah menangah. Namun, bukannya mudah untuk mengadakannya pada musim cuti panjang persekolahan. Ini adalah disebabkan oleh ramai di antara mereka akan memanfaatkan musim cuti ini untuk bekerja demi mencari wang untuk menampung perbelanjaan persekolahan masing-masing apabila musim persekolahan yang baru bermula kelak. Kumpulan koir dari Unit SMK Serian telah mengambil masa selama seminggu untuk menjalani latihan intensif dan membuat segala persiapan yang diperlukan untuk projek tersebut.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment