Friday, February 06, 2009

Salam Rindu Daripada Ex-Ketua Utama Seksyen 2006, Ms. Zarrin Elen Joseph

hello keluarga bsmm smk serian..

apa khabar semua di sana?? dari gambar nampak hebat... memang membanggakan.. barisan ajk apa khabar??saya macam tak percaye je kamu semua dah besar, rasa macam kamu masih kecik jak..tengok2 yang beringus dulu DAH FORM 5.. waduh, saya dah tua rupanya..
lama saya tak jengok kamu semua..saya betul-betul minta maaf..time saya cuti,kamu orang takda aktiviti pula.hmmm...sedih...tapi selepas 6 bulan tak balik sarawak, bulan disember lepas, saya balik dan ada jengok cikgu phang, so terubat juga rindu saya pada keluarga bsmm saya.

saya sekarang belajar di MSU Shah Alam..di sini saya secara tak sengaja ditarik masuk join bsmm MSU..kerana MSU baru saja 1 bulan lebih menubuhkan bsmm MSU, saya ditarik terus menjadi KUS untuk MSU.minggu lepas, 31/1 dan 1/2 kami mengadakan kursus basic 1st aid yang pertama untuk MSU. dan jurulatih yang datang adalah pengarah cawangan selangor sendiri dan beberapa orang besar bsmm selangor. banyak pengalaman baru yang saya dapat, tapi setiap saat, saya merindukan keluarga bsmm saya di sarawak. bsmm smk serian tetap bertahta di hati saya..takkan ada penggantinya..

oklah..ada masa, saya cerita lagi..
teruskan usaha kamu dalam menjayakan bsmm smk serian. cover-mengaverlah antara ajk..kelemahan 1 ajk adalah kelemahan semua ajk. jadi, tolong satu sama lain untuk memperbaiki diri. jangan terlalu bangga dengan apa yang kita ada sekarang.sentiasa inginkan yang lebih baik untuk persatuan..humble dengan sekolah lain..dan yang paling penting, hormat dan ikut cakap cikgu phang..cikgu phang lah punca dan sumber segala yang kita miliki sekarang. tanpa cikgu phang, bsmm smk serian hanya lah persatuan kampung yang tiada nama di mana2 pun..

alrite,doa saya sentiasa bersama kamu semua k,kirim salam pada officer-officer yang lain..bye..C U

Monday, February 02, 2009

Operasi Bantuan Bencana Alam (Banjir) di Daerah Serian, 2009




Tarikh: 11 - 16 Januari 2009 (Isnin hingga Jumaat)

Tempat: Pusat Pemindahan Mangsa Banjir di Stadium Tertutup, Serian

Bilangan mangsa: Lebih 230 orang

Kampung yang terlibat: Kpg. Hulu, Kpg. Hilir & Setinggan Muara Sg. Tangga

Sukarelawan dari BSMM: Terdiri daripada 28 orang ahli Belia dan PBS dari BSMM Unit SMK Serian yang diketuai oleh En. Ban Hand Eron, Cik Phang Nyuk Land dan En. Alexander Mandi.

Pegawai lain yang turut membantu:

Cik Bibiana Andrew Sampak, En. Ahmad Mudzaffar Yusof, En. Junerason Anyew, En. George Narui Lujek, En. Farid Bin Abd. Rahim dan En. Simon Mpulop.

Tugasan pihak BSMM di pusat pemindahan:
1. Menyediakan makanan untuk mangsa-mangsa bencana di pusat pemindahan.
2. Membantu pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk membuat pendaftaran mangsa-mangsa bencana dan mengedar selimut dan susu kepada mangsa-mangsa bencana..
3. Melaksanakan Pyscological Support Programme khas untuk menghiburkan mangsa kanak-kanak dengan menyediakan pelbagai jenis mainan.
Penghargaan kepada:
1. Pengetua dan semua staf SMK Serian kerana memberi sokongan moral sepanjang tempoh BSMM SMK Serian menjalankan tugas di pusat pemindahan.
2. Pihak ibu bapa para ahli kerana telah menyokong penglibatan anak-anak mereka dalam misi kemanusiaan ini.
3. Pengerusi BSMM Cabang Serian, Dr. Kiu Chiong Chin yang bukan sahaja telah memberi sokongan moral juga sokongan dari aspek kewangan untuk membiayai sebahagian kos pelaksanaan kerja-kerja kemanusiaan di pusat pemindahan.

Chapter's Annual Gathering / Christmas Gathering 2008




Date: 12 December 2008

Venue: MRC Serian Chapter’s Office

Organiser: MRC Serian Chapter

Sponsor: Chairman of MRC Serian Chapter, Dr. Kiu Chiong Chin

Attendance: More than 70 officers, youth and VAD members .

Objectives:
1. To provide opportunity for members and officers to meet each other and strengthen a better friendship among the Red Crescent members.

2. To reunion RC members, the VAD members who are doing further study at the local universities and working in conjuction with the 30th anniversary of the formation of MRC Serian Chapter and Youth Unit of SMK Serian.

Main activities:
1. Barbecue.

2. Caroling with the choir group formed by the members of SMK Serian Youth Unit.

Khidmat Masyarakat di Hospital Serian sempena Perayaan Hari Krismas 2008 dan Tahun Baru 2009



Date: 15 December 2008

Venue: Serian Hospital (Physiotherapy Ward, Female Ward, Children Ward, Male
Ward, Maternity Ward & Haemodialysis Centre) & Serian St. Joseph Convent.

Organizer: MRC Serian Chapter & MRC SMK Serian & Serian Lions’ Club

Officers in charge: Ms. Phang Nyuk Lan, Mdm. Lau Ben Leong, Mr. Simon Mpulop & Mr. Patrick Mawong.

Choir Members: 43 VAD & Youth members from SMK Serian

Gitf Sponsor By: Dumex, MRC Serian Chapter & Serian Lions’ Club.

Objectives:

1. To expose the members to more community service.
2. To improve their awareness of the importance to volunteer in any community service.
3. To give moral support to the patients.

Main Activities:

1. Caroling at the wards.
2. 100 Christmas gifts were given out to the wards’ patients, 100 small gifts to the out patients.

General comment :

This is one of our annual activities mainly for our youth members (secondary school students) and volunteers. The activity is also reminded our members the spirit of “to share” and the motto of the Red Cross Red Crescent Movement “To Serve”. We would like to take this opportunity to thank the members for doing the hard work as well as their parents for giving us moral support to make this activity a succeed.

Organizing activities for the youth members during the school break is not easy. It’s a long school break. Many members are away doing part time work to earn some pocket money. However, they are willing to sacrify a few days to do preparation for the activity and to participate this community service. We are very grateful to them. We are also very grateful to Dumex & Serian Lions’ Club for sponsoring the gifts.

Kursus Junior Rapid Deployment Squad (RDS) BSMM Cabang Serian, 2008



Tarikh : 9 - 12 Disember 2008 (4 hari 3 malam berkursus)

Waktu Berkursus : 8.00 pagi hingga 5.30 petang

Tempat : Pejabat BSMM Cabang Serian

Peserta : Para ahli Tingkatan Empat dan Enam Rendah dari Unit Belia BSMM Cabang Serian, ahli VAD dan Pegawai BSMM Cabang Serian

Anjuran Bersama : BSMM SMK Serian dan BSMM Cabang Serian

Makanan & Minuman : Disediakan oleh pihak penganjur

Penginapan : Para peserta yang ada masalah pengangkutan untuk berulang-alik dibenarkan menginap di Pejabat BSMM Cabang Serian.

Waktu Pendaftaran : 8.00 – 8.30 pagi, Selasa (9 Disember 2008)

Waktu Kursus Tamat : 10.00 pagi, Jumaat (12 Disember 2008)

AJK Pengelola & Jurulatih :
1. En. Junerason Anyew (Setiausaha Kehormat BSMM Cabang Serian)
2. En. Ban Hand Eron (Pengerusi Jawatankuasa Disaster Preparedness & Emergency Response Cabang Serian)
3. Cik Phang Nyuk Lan (O/C Youth dan AJK Jawatankuasa Disaster Preparedness & Emergency Response Cabang Serian)
4. En. Alexander Mandi (O/C Training dan AJK Jawatankuasa Disaster Preparedness & Emergency Response Cabang Serian)
5. En. Simon Mpulop (O/C Link & AJK Jawatankuasa Disaster Preparedness & Emergency Response Cabang Serian)
6. En. Ahmad Muzaffar Bin Yusof (AJK Jawatankuasa Disaster Preparedness & Emergency Response Cabang Serian)
7. En. Patrick Mawong (O/C VAD & AJK Jawatankuasa Disaster Preparedness & Emergency Response Cabang Serian).
8. Annuel Rocha Anak John (AJK Jawatankuasa Disaster Preparedness & Emergency Response Cabang Serian)
9. Cik Bibiana Andrew Sampak (AJK Jawatankuasa BSMM Cabang Serian)
10. Pn. Lau Ben Leong (AJK Jawatankuasa BSMM Cabang Serian)

Objektif Kursus:
1. Mendedahkan para peserta dengan kemahiran asas dalam operasi menyelamat dan tindakan semasa bencana alam.
2. Meningkatkan semangat kerja berpasukan, persefahaman dan mempereratkan persahabatan di kalangan para peserta.
3. Memilih ahli yang akan menyertai Rapid Deployment Squad (RDS – Skuad Gerak Pantas) BSMM Cabang Serian.

Aktiviti / Ceramah / Latihan Praktikal:
1. Peranan dan Struktur Organisasi Jawatankuasa Disaster Preparedness & Emergency Response BSMM peringkat Cabang dan Cawangan.
2. Masakan Berkelompok Menggunakan Peralatan Dapur Bergerak.
3. Latihan Pertolongan Cemas
4. Bengkel Membina Model Kem Pemindahan Mangsa Bencana.
5. Latihan Menggunakan Alat Komunikasi & Asas Orienteering.
6. Latihan praktikal untuk bahagian bertindak balas semasa kecemasan dan rawatan kes semasa bencana alam (simulasi kes kecemasan).

Pada akhir kursus, ahli yang berjaya mengikuti semua sesi latihan akan dianugerahkan dengan sijil penyertaan.