Monday, February 02, 2009

Operasi Bantuan Bencana Alam (Banjir) di Daerah Serian, 2009




Tarikh: 11 - 16 Januari 2009 (Isnin hingga Jumaat)

Tempat: Pusat Pemindahan Mangsa Banjir di Stadium Tertutup, Serian

Bilangan mangsa: Lebih 230 orang

Kampung yang terlibat: Kpg. Hulu, Kpg. Hilir & Setinggan Muara Sg. Tangga

Sukarelawan dari BSMM: Terdiri daripada 28 orang ahli Belia dan PBS dari BSMM Unit SMK Serian yang diketuai oleh En. Ban Hand Eron, Cik Phang Nyuk Land dan En. Alexander Mandi.

Pegawai lain yang turut membantu:

Cik Bibiana Andrew Sampak, En. Ahmad Mudzaffar Yusof, En. Junerason Anyew, En. George Narui Lujek, En. Farid Bin Abd. Rahim dan En. Simon Mpulop.

Tugasan pihak BSMM di pusat pemindahan:
1. Menyediakan makanan untuk mangsa-mangsa bencana di pusat pemindahan.
2. Membantu pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk membuat pendaftaran mangsa-mangsa bencana dan mengedar selimut dan susu kepada mangsa-mangsa bencana..
3. Melaksanakan Pyscological Support Programme khas untuk menghiburkan mangsa kanak-kanak dengan menyediakan pelbagai jenis mainan.
Penghargaan kepada:
1. Pengetua dan semua staf SMK Serian kerana memberi sokongan moral sepanjang tempoh BSMM SMK Serian menjalankan tugas di pusat pemindahan.
2. Pihak ibu bapa para ahli kerana telah menyokong penglibatan anak-anak mereka dalam misi kemanusiaan ini.
3. Pengerusi BSMM Cabang Serian, Dr. Kiu Chiong Chin yang bukan sahaja telah memberi sokongan moral juga sokongan dari aspek kewangan untuk membiayai sebahagian kos pelaksanaan kerja-kerja kemanusiaan di pusat pemindahan.

No comments: