Friday, February 06, 2009

Salam Rindu Daripada Ex-Ketua Utama Seksyen 2006, Ms. Zarrin Elen Joseph

hello keluarga bsmm smk serian..

apa khabar semua di sana?? dari gambar nampak hebat... memang membanggakan.. barisan ajk apa khabar??saya macam tak percaye je kamu semua dah besar, rasa macam kamu masih kecik jak..tengok2 yang beringus dulu DAH FORM 5.. waduh, saya dah tua rupanya..
lama saya tak jengok kamu semua..saya betul-betul minta maaf..time saya cuti,kamu orang takda aktiviti pula.hmmm...sedih...tapi selepas 6 bulan tak balik sarawak, bulan disember lepas, saya balik dan ada jengok cikgu phang, so terubat juga rindu saya pada keluarga bsmm saya.

saya sekarang belajar di MSU Shah Alam..di sini saya secara tak sengaja ditarik masuk join bsmm MSU..kerana MSU baru saja 1 bulan lebih menubuhkan bsmm MSU, saya ditarik terus menjadi KUS untuk MSU.minggu lepas, 31/1 dan 1/2 kami mengadakan kursus basic 1st aid yang pertama untuk MSU. dan jurulatih yang datang adalah pengarah cawangan selangor sendiri dan beberapa orang besar bsmm selangor. banyak pengalaman baru yang saya dapat, tapi setiap saat, saya merindukan keluarga bsmm saya di sarawak. bsmm smk serian tetap bertahta di hati saya..takkan ada penggantinya..

oklah..ada masa, saya cerita lagi..
teruskan usaha kamu dalam menjayakan bsmm smk serian. cover-mengaverlah antara ajk..kelemahan 1 ajk adalah kelemahan semua ajk. jadi, tolong satu sama lain untuk memperbaiki diri. jangan terlalu bangga dengan apa yang kita ada sekarang.sentiasa inginkan yang lebih baik untuk persatuan..humble dengan sekolah lain..dan yang paling penting, hormat dan ikut cakap cikgu phang..cikgu phang lah punca dan sumber segala yang kita miliki sekarang. tanpa cikgu phang, bsmm smk serian hanya lah persatuan kampung yang tiada nama di mana2 pun..

alrite,doa saya sentiasa bersama kamu semua k,kirim salam pada officer-officer yang lain..bye..C U

No comments: