Sunday, July 20, 2008

World Red Cross Day 2008



Tarikh: 8 Mei 3008

Aktiviti: Lawatan ke Wad Bersalin & memberi hadiah kepada para ibu yang melahirkan anak pada 8 Mei 2008.

Tempat: Hospital Daerah Serian

Anjuran: BSMM Cabang Serian

Pengelola: BSMM Cabang Serian & Unit SMK Serian

Pegawai BSMM yang hadir:
1. Dr. Kiu Chiong Chin (Pengerusi BSMM Cabang Serian)
2. En. Dennis Sung (Naib Pengerusi BSMM Cabang Serian)
3. En. Then Ah Nyuk (Publicity Officer BSMM Cabang Serian)
4. Cik Phang Nyuk Lan (O/C Youth BSMM Cabang Serian & Youth Officer Unit SMK Serian)
5. Sdr. Patricia Albert (Ketua Utama Seksyen Unit SMK Serian)
6. Sdr. Randy Biyan (Pen. Ketua Utama Seksyen Unit SMK Serian)
7. Sdr. Shalia Mustafa (Kuartermaster 1 Unit SMK Serian)
8. Sdr. Samson Clement Thomas (Kuartermaster II Unit SMK Serian)

Objektif:
1. Memperingati Hari Palang Merah / Bulan Sabit Merah.
2. Menganak-angkatkan bayi-bayi yang dilahirkan pada 8 Mei 2008.

Friday, July 18, 2008

Sebangkui Youth Jungle Camp 2008



Tarikh: 26 – 29 Mei 2008 (pagi Isnin hingga tengah hari Khamis)

Tempoh: 4 hari 3 malam

Tempat: Kampung Sebangkui, Serian

Anjuran: BSMM Cabang Serian

Pengelola: BSMM SMK Serian

Penyertaan: 69 ahli-ahli Belia yang terdiri daripada para pelajar Tingkatan 2 hingga 5 dari setiap unit Belia BSMM Cabang Serian (SMK Serian, SMK Tarat, SMK Tebakang, SMK Taee, SMK Balai Ringin, & SMK Sebuyau)

Objektif:
1. Membuat latihan persediaan awal untuk para peserta dan pembantu Kem Hutan Peringkat Negeri Ke-6 yang akan diadakan pada bulan Mei 2009.
2. Meningkatkan kemahiran para peserta dalam bidang pertolongan cemas dengan menggunakan peralatan yang serba kekurangan.
3. Meningkatkan kemahiran para peserta menyediakan gadget / kem kraf dan masakan ala rimba.
4. Meningkatkan semangat kerja berpasukan, kepimpinan dan saling hormat-menghormati di kalangan peserta.
5. Memberi peluang kepada para peserta untuk berkongsi pengalaman dan mempereratkan persahabatan di kalangan peserta dari unit-unit yang berlainan.
6. Sebagai salah satu syarat yang melayakkan para peserta menerima anugerah lencana kecekapan “Kem Kraf”.
7. Sebagai salah satu aktiviti sempena Sambutan Ulang Tahun Ke-30 Penubuhan BSMM Cabang Serian.

Jumlah Bayaran: RM26.00 setiap orang peserta (RM10.00 untuk nota, tambang pengangkutan pergi dan balik dari tapak perkhemahan, makanan dan keperluan lain; RM16.00 untuk baju ‘T’ kem). Semua ditanggung oleh peserta sendiri.

Para peserta yang terdiri daripada:
a. Ahli aktif dari Tingkatan 2 – 5.
b. Sihat tubuh badan dan tidak menghidap penyakit kronik seperti asma yang serius, lelah dan lain-lain yang boleh menjejaskan penglibatan aktif peserta dalam aktiviti perkhemahan.
c. Ahli yang tidak pernah mengikuti perkhemahan hutan peringkat negeri pada tahun 2005 atau 2007.

Aktiviti Kem:
1. Malam Suaikenal
2. Latihan gadget & projek perintis
3. Meredah hutan
4. Latihan membuat usungan gantian
5. Latihan pertolongan cemas (kecederaan semasa di hutan)
6. Malam kebudayaan / unggun api / motivasi
7. Masakan ala rimba
8. Kim’s Games

Upacara Pembukaan: Dirasmikan oleh Pengerusi BSMM Cabang Serian, Dr. Kiu Chiong Chin. Pengetua SMK Serian, Tn. Hj. Rambli Zainudin turut menghadiri upacara tersebut.

Upacara Penutupan: Dirasmikan oleh PPDK Serian selaku Naib Pengerusi II BSMM Cabang Serian, En. TanKiang Tuang. Setiausaha Kehormat, En. Junerason Anyew turut menghadiri upacara tersebut.

Setinggi-tinggi Penghargaan & Terima Kasih Kepada:
1. Dr.Kiu Chiong Chin, Pengerusi BSMM Cabang Serian.
2. En. Tan Kiang Tuang, Naib Pengerusi II BSMM Cabang Serian.
3. En. Leong Pit Wee, Kuartermaster BSMM Cabang Serian
4. Pengetua SMK Serian, Tn. Hj. Rambli Zainudin.
5. Semua ahli Jawatankuasa Pengelola.
6. Para Pengetua sekolah-sekolah peserta.
7. Para Pegawai Pengiring dan peserta kem.
8. Semua penaja peralatan untuk kem.
9. Ketua Kaum & Penduduk Kpg. Sebangkui.
10. Semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam usaha menjayakan Perkhemahan Hutan Unit-Unit Belia BSMM Cabang Serian, 2008. Semoga tuan/ puan/saudara/saudari akan memberi sokongan berterusan kepada segala aktiviti yang dianjurkan oleh pihak BSMM, Cabang Serian pada masa akan datang.