1. Berpegang teguh kepada 7 prinsip Palang Merah dan Bulan Sabit Merah :-
* Kemanusiaan
* Kesaksamaan
* Berkecuali
* Kebebasan
* Khidmat Sukarela
* Bersatu
* Kesejagatan
2. Membentuk para ahli yang berpotensi untuk memimpin, bekerjasama dan berketrampilan sebagai belia harapan negara yang cergas, proaktif, kreatif, inovatif dan bertanggungjawab serta berdisiplin tinggi.
3. Mempertingkatkan ilmu pengetahuan para ahli dalam Palang Merah / Bulan Sabit Merah dan kemahiran dalam bidang Pertolongan Cemas, Kawat Kaki, Gadjet serta mempergiatkan aktiviti khidmat masyarakat.
4. Mempertingkatkan daya minat dan keahlian yang berterusan dalam BSMM.
5. Melahirkan sebuah organisasi yang kukuh, bersefahaman dan bersatu padu dalam segala aspek, seterusnya menjadikan BSMM disegani dan dihormati oleh masyarakat umum.
6. Sebagai saluran untuk memantapkan wadah perkembangan emosi, rohani, intelek dan jasmani para ahli bagi menyahut cabaran dan tuntutan dalam falsafah pendidikan negara.
No comments:
Post a Comment