Anugerah-anugerah yang dimenangi oleh BSMM SMK Serian di peringkat sekolah ialah:
- 76 orang ahli memenangi Anugerah Pencapaian Cemerlang Kokurikulum. Mereka terdiri daripada para ahli yang telah memenangi tempat Johan dalam Pertandingan Kawad kaki Antara Badan-badan Beruniform (NGO) Peringkat Bahagian Samarahan 2009 anjuran pihak PPG Samarahan, ahli-ahli yang memenangi Naib Johan dalam Pertandingan Pertolongan Cemas Peringkat Negeri 2009 anjuran BSMM Cawangan Sarawak dan ahli-ahli yang memenangi Anugerah Sijil Kepujian BSMM Peringkat Kebangsaan 2009.
- Kedua-dua pemenang kategori perempuan dan lelaki bagi Anugerah Pelajar Cemerlang dalam Unit Beruniform SMK Serian 2009 adalah terdiri daripada ahli-ahli BSMM SMK Serian iaitu Christina Anak Albert (5S4) dan Robinson Anak Damian (4S4).
- Kedua-dua pemenang kategori guru perempuan dan lelaki bagi Anugerah Kepimpinan Cemerlang dalam Unit Beruniform SMK Serian 2009 ialah Cik Phang Nyuk Lan dan En. Alexander Mandi.
- Anugerah PIBG SMK Serian 2009 bagi kategori perempuan dimenangi oleh Christina Anak Albert (5S4) manakala Anugerah ESSSA 2009 bagi kategori lelaki dimenangi oleh Nazriq Hanafi Bin Matali (6AK2).
- Keseleruhannya BSMM SMK Serian diisytiharkan sebagai Pasukan Terbaik dalam Bidang Kokurikulum SMK Serian 2009.
No comments:
Post a Comment