Sunday, December 27, 2009

Kursus Junior Rapid Deployment Squad (Junior RDS) 2009




Tarikh : 9 – 12 Disember 2009 (Rabu hingga Sabtu)

Tempoh : 4 hari

Tempat : Pejabat BSMM Cabang Serian

Peserta & Pembantu: 32 orang (24 orang peserta dan 8 orang pembantu)

Anjuran Bersama : BSMM SMK Serian dan BSMM Cabang Serian

Waktu Kursus: 8.00 pagi hingga 4.30 petang

Makanan & Minuman : Disediakan oleh pihak penganjur

Objektif-Objektif:
1. Melatih para peserta dengan kemahiran asas dalam operasi menyelamat dan tindakan semasa bencana alam.
2. Meningkatkan semangat kerja berpasukan, persefahaman dan mempereratkan persahabatan di kalangan para peserta.
3. Memilih ahli yang akan menyertai Rapid Deployment Squad (RDS – Skuad Gerak Pantas) BSMM Cabang Serian.


Aktiviti/Aktiviti/Ceramah/Latihan Praktikal:
1. Peranan dan Struktur Organisasi Jawatankuasa Disaster Preparedness & Emergency Response BSMM peringkat Cabang.
2. Masakan Berkelompok Menggunakan Peralatan Dapur Clinton.
3. Latihan Pertolongan Cemas
4. Bengkel Membina Model Kem Pemindahan Mangsa Bencana.
5. Latihan Menggunakan Alat Komunikasi.
6. Latihan Amal untuk bahagian bertindak balas semasa kecemasan dan rawatan kes semasa bencana alam (simulasi kes kecemasan).

No comments: