Friday, December 25, 2009

Anugerah Cemerlang Kokurikulum Peringkat Negeri 2009

BSMM SMK Serian telah memenangi Anugerah Pengurusan Pembangunan Kemanusiaan Peringkat Jabatan Pelajaran Negeri Sarawak 2009 bagi kategori Kecemerlangan Kokurikulum - Pasukan Beruniform Cemerlang Sekolah Menengah. Hadiah berbentuk sebuah piala dan sijil telah disampaikan dalam satu majlis penganugerahan bertempat di Auditorium Tun Ahmad Zaidi Adruce (TAZA), Institut Perguruan Batu Lintang, Kuching pada 2 Disember 2009. Pihak sekolah telah menghantar Saudari Ellisha Iling (Naib Pengerusi BSMM SMK Serian Sesi 2009/2010) untuk menerima anugerah tersebut bagi pihak BSMM. Syabas & tahniah diucapkan kepada semua warga BSMM SMK Serian.

No comments: